03.07.2009:
Sepertinya Kebosanan Membanjiri Apartment

Aku tak tau la aku bosan ke ape, tapi serius tangan aku memang kebas gile dah. Tak, tak sejuk pun (ade la sikit sejuk. Tipu la kalau tak sejuk tengah-tengah winter ni kan?) Time tido dah tak tetap. Dah jadi betul-betul nocturnal dah (bengong tul). Apa yang aku buat pun semua cam cepat buat aku rasa bosan. Main game kat FB pun dah tak aktif sangat. Dah tak larat aku nak klik-klik semua ladang tu. Boleh tercabut tangan.

Nak main DS pun, sama la jugak. Boleh patah wrist kalau main balik The Wolrd Ends With You. Hmm… Tapi takpe. Aku sekarang tengah dengan happy nya kerja volunteer sebagai Japanese-English translator untuk beberapa projek online (projek tu semua termasuklah subbing dan scanlating anime/manga, ye). Planning manga ‘Parapsychic’ aku pun lancar je. Boleh tahan jugak la kot produktifnye cuti ni.

Oh ye…
Kepada sorang lelaki separuh-Japanese yang kupanggil Bakahiro (baka aho sukebe! Biar la nama sebenarnya dirahsiakan), silalah berhenti meng-stalk blog-blog aku kat internet ni. Aku takkan layan ko nye, serius. Ko pegi melutut mintak maaf kat Keith pon, ko mintak maaf la macam mane kat aku pon, toksah harap aku nak endah. Kan dah aku cakap dulu; blah la ko dari hidup aku. Tak paham-paham bahasa lagi ke? Tipu la sebab ko dah pindah permanently duk Jepun ko dah lupa bahasa Melayu. Sekian terima kasih :P

Comments

09.05.2009:
….. aku rindu.

Aku ada beberapa assignment untuk disiapkan, aku tahu. Tapi seperti biasa, cukup susah untuk aku gerakkan diri sendiri untuk menyiapkan semua kerja yang bertimbun itu dengan segera – dan sebaik mungkin. Ke mana hilangnya aku yang dulu? Ke mana hilangnya aku yang tak pernah lupa menyelak nota setiap hari?

Aku lihat cermin.

Aku hairan.

Aku rindu.

Comments

22.03.2009:
Katilku Yang Best

Tak ada lah best sangat sebenar nya, tapi hari ni aku malas tahap cipan. Kalau semalam Hari Wanita di Malaysia, hari ni aku declare kan sebagai Hari Katil. Haha. Betul, bukan setakat aku, tapi Mira pun sama juga hari ni. Aku bukannya tidur pun atas katil tu. Cuma lepak sambil menyandar di kepala katil sambil surf internet dengan laptop kecik aku. Bila dah bosan, aku tolak tepi laptop tu dan guling-guling dengan duvet dan bantal.

Sejam lepas tu, aku tertidur kebosanan. Bangun semula petang tu untuk goreng udang dan mi kuning. Aku tak tahu apa nama mi yang aku masak. Main campak saja, tapi sedap, so aku tak peduli. Mira pun macam sihat lepas makan. Haha.

Mungkin aku sedang mengalami ‘temporary brain dead’ lepas hantar assignment tengah malam semalam. Hmm…. Ya, mungkin.

Tags & Kategori: | Ini Aku, Liku-liku Hidup

Comments

 Page 1 of 7  1  2  3  4  5 » ...  Last »